Taman tema air mini, Berangan Aqua Park dibina berlandskapkan suasana desa di Kampung Permatang Berangan dan kira-kira 20 minit dari bandar Sungai Petani.
Baru-baru ini, taman tema air mini menjadi perhatian ramai apabila dilaporkan menetapkan syarat bahawa hanya pengunjung yang beragama Islam boleh masuk ke sini.
5 Taman Tema Air Bawah RM50 Untuk Anda Berseronok Bersama Keluarga
Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi, Netizen Teruja Mahu Berkunjung Ke ESCAPE Ipoh
Miliki 2 Permainan Diiktiraf Rekod Dunia Guinness, Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke ESCAPE Penang
Rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati dan berasa polisi tersebut bersifat diskriminasi. Malah, segelintir netizen berasa hairan mengapa polisi itu diletakkan.
Susulan itu, Pengurus Berangan Aqua Park , Mohd Fikri Mohd Fadzil mengesahkan taman itu hanya menerima pengunjung beragama Islam kerana tempatnya yang kecil dan kebanyakan penduduk tempatan di kawasan Kuala Muda adalah beragama Islam.
Tambahnya, pihak syarikat meletakkan syarat masuk untuk Muslim sahaja adalah untuk menghalang pengunjung daripada memakai pakaian renang yang bertentangan dengan sentimen masyarakat setempat.
Walau bagaimanapun, taman tema air tersebut terbuka kepada semua pengunjung tanpa mengira bangsa dan agama di bawah tempahan berkumpulan kerana mudah untuk diuruskan.
Sekadar makluman, harga tiket ke Berangan Aqua Park ini hanyalah RM9 untuk dewasa dan kanak-kanak, manakala kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah, masuk percuma.
Baca juga: Hak penjagaan Musa: Ini punca sebenar Mizz Nina tarik kes