Pelanggan batal tempahan makanan undang sebak, [VIDEO] reaksi peniaga itu

Pelanggan batal tempahan makanan undang sebak, [VIDEO] reaksi peniaga itu

Pelanggan batal tempahan makanan undang sebak, [VIDEO] reaksi peniaga itu. Sebuah video tiktok baru-baru ini tular di media sosial selepas ianya memperlihatan visual seorang lagi sedang menangis sewaktu memasak.

Difahamkan berlaku di Indonesia, video yang dikongsikan pengguna Tiktok heppy08 turut menceritakan nasib malang yang menimpa lelaki berkenaan.

Menerusi video tersebut, lelaki dari Medan, Sumatera utara ini difahamkan telah menerima tempahan 60 nasi kotak.

Pelanggan batal tempahan makanan undang sebak, [VIDEO] reaksi peniaga itu

Namun disebabkan hanya menerima wang deposit yang sedikit, lelaki ini yang kebetulan berdepan masalah kewangan, kemudiannya terpaksa meminjam wang sebagai modal untuk menyiapkan tempahan tersebut.

Namun sebaik siap menyediakan bahan dan mula memasak, pelanggan yang menempah makanan secara tiba-tiba membatalkan pesanannya.

Menerusi laporan Suara.com, lelaki berkenaan yang terkejut dan tidak menyangka pesanan tersebut dibatalkan kemudiannya terus men4ngis teres4k-es4k sambil meneruskan masakannya.

Malah dia juga dilihat men4ngis di pangkuan isterinya kerana terlalu sed1h dengan ujian tersebut. Dia bukan sahaja kerugian dari penjualan makanan, malah dia kini terbeban kerana tidak mampu memulangkan wang yang sudah dipinjamnya untuk menyediakan makanan berkenaan.

“Wahai pembeli, bayangkan anda yang berada di tempatnya. Lihatlah tang1san itu. Adakah anda boleh menghadapinya?” tulis pada video tular tersebut.

Pelanggan minta deposit semula

Lebih memburukkan keadaan apabila pengguna Tiktok tersebut turut mendakwa si pelanggan juga telah bertindak meminta kembali wang deposit yang diberikannya tempoh hari.

“Dari mana dia nak pinjam untuk menggantikan wang deposit yang sudah kamu berikan itu wahai pembeli yang terhormat. Sanggup kau menyuruh dia mengembalikannya” tulis pada kapsyen video berkenaan.

Difahamkan lelaki tersebut bagaimanapun menghabiskan masakannya sebelum dia bertindak menyedekahkannya ke sebuah masjid dan rumah anak yatim disana.

Dibantu seorang anak muda.

Namun siapa sangka tidak sampai 12 jam video tersebut tular, dia dihujani ratusan mesej dan komen yang bersimpati dengannya. Malah ramai juga yang turut menawarkan diri untuk membayarkan makanan tersebut namun dipercayai ditolaknya kerana dia sudah berniat untuk bersedekah.

Mungkin kerana niatnya yang murni meskipun diduga sebegitu rupa, nasib malangnya menjadi tuah apabila video tersebut mendapat perhatian seorang pemuda yang kemudiannya tampil menziarahi lelaki tersebut ditemani beberapa rakannnya.

Ziarah tersebut juga berjaya merubah wajah sugul lelaki ini tempoh hari menjadi satu senyuman sebaik anak muda tersebut menempah ribuan bungkusan makanan darinya.

Selain itu dia turut diberikan sedikit ‘saguhati’ oleh pemuda tersebut dan rakannya.

Perkara itu dikongsikan sekali lagi oleh heppy08 selepas ia dimuat naik pemuda tersebut di laman Tiktoknya.

BACA LAGI:

Lelaki melayu terkaya Malaysia, netizen terkejut kerjayanya sebelom bergelar Jutawan

Jika parlimen bubar lepas bentang bajet, maka kena bentang semula lepas PRU

Terbukti lagi barang kemas, jam dan handbag hasil penyelewengan dana 1MDB