Pelancong China masuk Malaysia, Fizz Fairuz luah isi hati

Pelancong China masuk Malaysia, Fizz Fairuz luah isi hati

Pelancong China masuk Malaysia, Fizz Fairuz luah isi hati. Semalam, berita kabinet memutuskan tiada sebarang larangan atau sekatan dikenakan terhadap pelancong daripada mana-mana negara luar termasuk China ke negara ini telah menjadi bualan netizen.

Mana tidaknya, ramai yang bimbang jika ‘pisang akan berbuah dua kali’ dimana mungkin Malaysia menderita kembali diancam virus seperti dahulu.

Dipetik dari Utusan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengambil pendirian tidak ‘mendiskriminasi’ China melihat keadaan jangkitan wabak Covid-19 di beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat juga berdepan situasi sama.

Hal itu telah mendapat perhatian pelakon Datuk Fizz Fairuz. Menerusi IG Storiesnya, Fizz Fairuz meluahkan rasa bimbang sekiranya tiada sebarang larangan atau sekatan dikenakan terhadap pelancong dari Shanghai dan China. Ini keran negara-negara ini mencatat peningkatan kes Covid-19 yang tinggi.

Pelancong China masuk Malaysia, Fizz Fairuz luah isi hati

“Shanghai, China tengah teruk Covid-19 sekarang, ada juga yang berhajat lepaskan mereka masuk Malaysia. Kita dulu pernah teruk, sebab tak bendung dari awal. Padahal kita dah tahu mereka pembawa virus. Tapi disebabkan ego masing-masing, masuk juga kita yang menanggung. Ambil lah sebagai pengajaran lepas. Harap Kerajaan baru ini, jaga lah rakyat, yang atas selesa, yang bawah ini sengsara.” tulis Fiz Fairuz

VIA Instagram Fizz Fairuz

Walaubagaimanapun, hari ini Sinar Harian melaporkan, kerajaan akan memperketatkan kawalan sedia ada. Antaranya seperti penggunaan pengimbas suhu terhadap pendatang asing di pusat Imigresen khususnya daripada negara yang berisiko tinggi berlaku jangkitan wabak.

Anwar berkata, ujian ketat bukan sahaja tertakluk kepada warga China tetapi pelancong dari negara lain yang turut mengalami peningkatan dalam kes Covid-19.

BACA:

Kerajaan Kedah tidak berhasrat sekat Pelancong China

Terkejar-kejar berlari 2 show satu malam namun Amir Masdi berjaya maintain suara