Pelancong Australia kongsi pengalaman aneh waktu travel di Malaysia. Malaysia adalah satu negara di Asia yang menjadi pilihan ramai pelancong Eropah. Sudah pasti ia merupakan perkara yang baik untuk industri pelancongan di Malaysia.
Banyak kita boleh lihat hari ini pelancong dari luar berkongsikan di media sosial tentang perkara yang mereka teruja ketika berada di Malaysia.
Namun, lain pula dengan pelancong dari Australia ini apabila dia berkongsi perkara yang dirasakan aneh ketika berada di Malaysia telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Rasa sedikit pelik tengok perkara di Malaysia
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan dari Australia itu berkongsi keadaan ketika mereka di Malaysia.
Mereka kemudian berkongsi antara perkara yang dirasakan pelik apabila mereka tiba di Malaysia. Antaranya adalah dia memberitahu banyak kedai-kedai akan mula dibuka pada pukul 10 atau 11 pagi.
Selain itu, dia juga berkongsi perkara seperti makan pakai tangan dan juga bidet yang dijumpai dalam setiap tandas.
“We forgive you since you are new here in Malaysia” – Netizen
@meanderwithmia A few quick things I found unusual when I first came to Malaysia! This one wasn’t listed but it was also weird that there were so many chickens in Batu caves? Anyone else or was that just me? #malaysia #travel ♬ original sound – Mia Chloe | travel & lifestyle
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka kepadanya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 219.3K views, 8,177 likes dan 392 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
BACA:
Promosi nikah di Siam makin galak, tambah pula kes Syamsul tengah hangat