Pelakon popular Korea berjaya tawan Kinabalu

Sejak kebelakangan ini, memang ramai pelancong Korea Selatan yang gemar melancong ke negeri di bawah bayu iaitu negeri Sabah kan.

Mana taknya, dekat Sabah ada banyak pulau-pulau yang cantik dengan air laut yang jernih, dan Gunung Kinabalu juga menjadi tumpuan pelancong Korea kerana kebanyakan daripada mereka gemar mendaki gunung.

Beberapa hari lepas pula, pelakon Korea Selatan yang popular dengan k-drama Because This is My First Life dan My Liberation Notes, Lee Min-ki telah memuat naik gambar-gambar dirinya mendaki Gunung Kinabalu.

Pelakon popular Korea berjaya tawan Kinabalu

Gunung KinabaluSumber: Instagram Lee Min-ki

Meninjau ke ruangan komen, dapat dilihat ramai peminat Malaysia mengucapkan selamat datang ke Sabah dan tahniah kepada pelakon ini kerana berjaya mendaki gunung tertinggi di Malaysia itu.

Selain itu, Lee Min-ki turut berkongsi video pengalamannya datang ke Sabah menerusi Instagram.

Baca juga: Tak pernah isi e-filing, ini cara untuk kali pertama daftar