Pelajar Universiti maut dibelasah penduduk kerana disyaki rogol nenek 100 tahun

Pelajar Universiti maut dibelasah penduduk kerana disyaki rogol nenek 100 tahun

Pelajar Universiti maut dibelasah penduduk kerana disyaki rogol nenek 100 tahun. Seorang lelaki dilaporkan maut dipercayai dipukul oleh penduduk kampung selepas mereka mengesyaki lelaki tersebut telah merogol seorang warga emas berusia 100 tahun.

Mereka yang berang dengan tindakan itu bertindak memukul lelaki terbabit sehingga mati.

Dua orang penduduk kampung yang berada di lokasi kejadian kemudian melaporkan kepada pihak polis.

Mayat Pius Mwireri kemudian dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Sementara, warga emas berkenaan turut dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Mangsa kini dilaporkan semakin pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

Pelajar Universiti maut dibelasah penduduk kerana disyaki rogol nenek 100 tahun

Memetik laporan Daily Star, lelaki berkenaan, Pius Mwireri yang merupakan pelajar universiti di Kenya dipercayai telah menceroboh rumah warga emas terbabit dan merogolnya ketika mangsa tidur.

Wanita itu sempat menjerit meminta pertolongan dan penduduk kampung bergegas ke kediaman mangsa untuk menghulurkan bantuan.

BACA:

Meerqeen dedah ada peminat dari Indonesia datang dari jauh untuk bertemu dirinya

Pemilik kafe dedah nampak kelibat seperti Zalina Azman

Individu hina Islam haram di solat jenazahnya – UAI