Pelajar perempuan kena hempuk dengan cikgu ‘gila’, murid lelaki pulak kena tumbuk

TINDAKAN seorang guru Matematik di sebuah sekolah rendah menggemparkan ramai apabila didakwa melakukan serangan ke atas dua murid.

Menerusi rakaman itu, guru berkenaan menghempuk kepala murid perempuan di meja.

Malah, dia turut menumbuk muka seorang pelajar lelaki di pejabat guru.

Pelajar perempuan kena hempuk dengan cikgu 'gila', murid lelaki pulak kena tumbuk

Kejadian berlaku di wilayah Hunan, tengah China pada 28 Februari lalu.

Menurut laporan Great Wall New Media, guru berkenaan digantung tugas sementara siasatan polis dijalankan.

Dalam video yang tular, dia turut menjerit ke arah murid perempuan yang diserangnya.

Dalam insiden itu, guru tersebut mula mencubit muka mangsa, menarik rambutnya sebelum menghempuk kepalanya ke meja.

Seorang murid lelaki kemudian menghampiri guru tersebut sebelum mukanya dilemparkan dengan buku teks.

Video yang tular di media sosial mencetuskan perdebatan dan kemarahan netizen.

Bagaimanapun tidak dijelaskan mengenai keadaan dua murid yang dipukul.

Baca juga: “Anak zina tak sepatutnya berkahwin, biar keturunan tu pupus macam tu je, aku bengang dengan kata-kata makcik tu terus aku tanya mak siapa aku sebenarnya”