Pelajar ambil aliran sains makin merosot, ini sebabnya…

Pelajar ambil aliran sains makin merosot, ini sebabnya...

Pelajar ambil aliran sains makin merosot, ini sebabnya… Jumlah pelajar yang memilih aliran dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di sekolah semakin merosot.

Laporan Kementerian Pendidikan pada 2020 menunjukkan hanya 47.18 peratus pelajar peringkat menengah atas di seluruh negara yang memilih bidang STEM.

Ikuti pandangan ISSEY ABDILLAH berhubung trend membimbangkan ini yang akan mengakibatkan negara kekurangan bakat untuk diserap ke industri:

Antara sebab pelajar tidak mahu sambung dalam aliran Sains ialah:

Mereka tak nak ambil subjek Matematik Tambahan (Add Math), tak sanggup dan takut untuk ambil.

Pelajar ambil aliran sains makin merosot, ini sebabnya...

Kenapa?

Sebab basic Math mereka teruk sejak sekolah rendah lagi.

Kualiti pelajar dalam subjek Math semakin merudum. Basic Algebra semasa tingkatan 1-3 pun ramai yang tidak kuasai.

Itu sebabnya mereka tak nak ambil Add Math. Menjahanamkan mereka lagi ada kalau basic Math biasa pun teruk.

Isu yang semakin memburuk sekarang ini ialah, semakin ramai pelajar tidak minat Matematik sejak sekolah rendah. Matematik dah jadi subjek yang susah bagi ramai pelajar sejak tahap 1 sekolah rendah.

Matematik dah tak jadi subjek yang menyeronokkan.

Suatu ketika dulu, Matematik sekolah rendah ialah subjek yang ramai pelajar suka. Itu sebabnya apabila masuk sekolah menengah pun, mereka terus minat dan terus perform.

Ambil Add Math suatu ketika dulu bukanlah suatu yang menggerunkan, tetapi suatu “excitement”.

Ramai pelajar rasa excited nak ambil Add Math, walaupun mereka tahu subjek itu bukan senang.

Sebab itu juga keterujaan untuk ambil aliran sains suatu ketika dulu adalah tinggi.

Tapi sekarang, keterujaan tu dah bertukar menjadi ketakutan. Awal-awal lagi pelajar angkat tangan, tak nak terseksa. Biarlah tak ambil pun dari menderita akibat Add Math, dan subjek Sains yang lain.

Sebab itulah kena reformasi kembali silibus Matematik terutamanya sekolah rendah.

Kembalikan keseronokan belajar anak-anak dalam subjek Matematik. Angkat rasa kesusahan kepada rasa keterujaan kembali.

Kembali kepada penekanan asas yang mantap di peringkat sekolah rendah. Buanglah kegilaan untuk menyumbat silibus supaya nampak hebat, padahal realitinya hampeh.

BACA:

Minum teh tarik tepi kubur jadi tarikan kepada restoran ini

Kehadiran Honda Brio jadi ancaman buat kembar MyVi, Daihatsu Sirion

Jatuh dari tingkat 4 Suria KLCC, wanita tempatan dilapor maut