Dua orang gadis yang bekerja di kaunter farmasi berdepan dengan detik cemas apabila pelanggan mereka secara tiba-tiba membuka seluar.
Mendedahkan kemaluan, lelaki yang lengkap memakai topeng pelitup muka itu mulanya kelihatan normal ketika masuk ke premis berkenaan.
Kononnya mahu meminta ubat, pemuda yang tidak memakai seluar dalam itu tanpa segan silu membuka celana jeans miliknya di hadapan gadis tersebut.
Menunjukkan sesuatu di pinggulnya, kedua pekerja itu mula menjauhkan diri dari kaunter kerana khuatir akan keselamatan mereka.
Mencadangkan beberapa jenis ubat kepada pemuda itu, pekerja farmasi tersebut cuba kelihatan tenang sambil menjaga jarak ketika berurusan.
Satu situasi yang janggal, lelaki berkenaan kelihatan enggan memakai semula seluarnya walaupun telah selesai menunjukkan bahagian pinggul.
Memburukkan keadaan, pemuda itu mula bertindak ‘gila’ dengan memegang dan ‘menayangkan’ kemaluannya ke arah pekerja farmasi.
Dengan kapsyen ‘serangan seksual’, kejadian itu dikongsikan menerusi satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di laman Facebook.
Tiada kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa, hantaran tersebut turut tidak menyertakan lokasi kejadian tersebut berlaku.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan akhirnya keluar dari premis sejurus gadis berkenaan memberi amaran untuk memanggil pihak polis.