Tinjauan Work Monitor 2024 yang dilakukan oleh Ranstad Malaysia menggambarkan kecenderungan pekerja Malaysia terhadap fleksibiliti dalam kerja.
Meskipun penawaran untuk bekerja dari jauh semakin meningkat, sebahagian besar pekerja masih memilih
untuk bekerja masuk ke pejabat selama tiga hari dalam seminggu jika diberi pilihan.
Bagaimanapun, perspektif majikan berbeza dengan keinginan pekerja.
Lebih separuh pekerja mendapati majikan mereka ingin mereka berada lebih lama di pejabat, yang mana kadar ini adalah 17 peratus lebih tinggi daripada purata global.
Selain itu, separuh daripada responden melaporkan bahawa majikan mereka memperkenalkan polisi wajib bekerja lima hari seminggu di pejabat.
Meskipun begitu, tinjauan juga menunjukkan bahawa dua daripada lima pekerja Malaysia bersedia untuk berhenti jika dikehendaki bekerja lebih lama di pejabat.
Ini terutamanya berlaku di kalangan generasi muda, di mana hampir separuh daripada Generasi Z dan milenial menolak pengaturan kerja yang tidak fleksibel.
Pandemik COVID-19 telah mengubah persepsi pekerja tentang bekerja dari rumah, dengan ramai mendapati mereka dapat berfungsi sama baiknya atau lebih baik daripada rumah. Ini telah menjadikan keperluan untuk bergerak atau menanggung kos sewa yang tinggi semakin tidak menarik.
Kajian itu menunjukkan bahawa aturcara kerja yang fleksibel memberi manfaat kepada kedua-dua pekerja dan majikan. Dengan menawarkan pilihan fleksibiliti, organisasi dapat menarik bakat yang lebih pelbagai, termasuk individu dengan keperluan khas atau tanggungjawab sebagai pengasuh.