Peguam kongsi cerita isteri baru kahwin 4 lelaki, sekali ini jadi bila para suami tahu

Peguam kongsi cerita isteri baru kahwin 4 lelaki, sekali ini jadi bila para suami tahu

Menerusi perkongsian ini dikongsikan oleh akaun Twitter Hasanah Johari, dan pernah ditular baru-baru ini di media sosial.

Baru-baru ini tular kes di Mahkamah mengenai seorang wanita yang kantoi nikahi 3 lelaki sekaligus dan perkara itu disedari oleh suami keempatnya.

Peguam kongsi cerita isteri baru kahwin 4 lelaki, sekali ini jadi bila para suami tahu

Cerita ini dikongsikan oleh salah seorang peguam syarie, berkongsi kes yang pernah beliau hadapi.

Dikatakan, si suami datang ke Mahkamah untuk memfailkan faraq nikah.

Lagi mengejutkan selepas Hakim bertanya mengenainya, rupanya si isteri sudah bernikah dengan lelaki lain. Serta bukan hanya satu lelaki, tetapi tiga lelaki tidak termasuk dirinya.

WhatsApp Image 2023 08 09 at 2.09.05 PM 1

Baca lagi: Isteri Minta Cerai Selepas 20 Tahun Tanggung ‘Biawak Hidup’, Suami Pula Enggan Beri Kerjasama

WhatsApp Image 2023 08 09 at 2.28.14 PM

Suami keempat wanita tersebut membuat semakan di pejabat agama dan mendapati isterinya adalah isteri kepada lelaki yang datang berjumpa dengannya itu. Difahamkan, wanita itu bernikah kali pertama pada tahun 2008 dan memfailkan fasakh namun kes dibuang kerana tidak hadir maka tiada perintah fasakh.

Kali kedua pula dia berkahwin di Thailand pada tahun 2013 dan kali ketiga pun dinikahi suaminya pada tahun 2017 dan tidak dinyatakan sebab mereka tidak lagi bersama.

Wanita itu berkahwin di luar negara tak ada rekod. Dia balik ke Malaysia selepas terpisah dengan suami dan dia menganggap perkahwinan itu terbubar sendiri.

Suami keepat wanita itu juga kelihatan tenang dan isterinya hanya berpeluk tubuh sebelum mengaku di hadapan hakim mengenai perbuatannya itu.

“Sebelum ini ada kes isteri ada dua suami, tapi ini empat suami. Memang seram kes ini berlaku di depan mata, saya hanya beristigfar”

BACA: Biadap!! Tular rakaman CCTV pengasuh taska rembat budak ketika makan akhirnya ke dalam