Pegawai polis ditahan merogol tahanan wanita

Pegawai polis ditahan merogol tahanan wanita

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor berusia 29 ditahan selepas didakwa merogol tahanan wanita di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Bharu, Sabtu lalu.

Mangsa, janda usia 27 dan ada 2 orang anak ditangkap bersama bekas suaminya ketika serbuan Jumaat lalu-Ketua JSJ Kelantan

Selepas ditangkap mangsa dan bekas suaminya direman di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa untuk siasatan.

Kejadian didakwa berlaku semasa wanita itu dibawa keluar dari lokap oleh suspek dan dibawa ke bilik suspek di BSJN IPD Kota Bharu.

Semasa berada di bilik, suspek menyatakan kesnya boleh selesai sekiranya mangsa menuruti kehendaknya dan memaksa mangsa melakukan seks oral dan persetubuhan.

Suspek ditahan semalam mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C kanun sama.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

COMMENTS