Pegawai Kastam pilih berintegriti, serah wang sogokan kepada SPRM

Pegawai Kastam pilih berintegriti, serah wang sogokan kepada SPRM

Pegawai Kastam pilih berintegriti, serah wang sogokan kepada SPRM. Pemilik sebuah gudang yang disita barangan bertindak menyogok wang tunai berjumlah RM5,000 kepada seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak berhasil, malah wang berkenan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

Menceritakan perkara itu kepada Rasuah Busters, Pegawai Penyiasat JKDM yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Ahmad’ berkata, kejadian yang berlaku pada awal bulan Oktober tahun ini benar-benar menguji dirinya tatkala kali pertama berhadapan dengan keadaan sedemikian.

Katanya, prinsip maruah tidak boleh dijual beli membuatkan dia tidak sanggup menerima sogokan itu, sekali gus membawa perkara berkenaan kepada pihak yang terbabit.

“Pada saya, kita ada maruah dan kita ada tanggungjawab yang perlu dipikul. Bila kita rasa perkara itu ALLAH hendak uji, jadi kita kena ingat tentang itu, dan penolakan saya juga didasari dengan nilai maruah saya yang tidak boleh dijual beli,” katanya kepada Rasuah Busters baru-baru ini.

Beliau ditemui di Ibu Pejabat JKDM, selepas menerima penghargaan daripada pengurusan tertinggi agensi itu, kerana tidak ‘termakan’ dengan cubaan sogokan

Pegawai Kastam pilih berintegriti, serah wang sogokan kepada SPRM

Tambah Ahmad, pekerjaannya meskipun berisiko menghadapi situasi berkenaan namun tidak mematahkan semangatnya untuk terus menabur bakti kepada negara.

“Sogokan itu berikutan kami melakukan serbuan di sebuah gudang dan menyita barangannya, dia minta kami untuk lepaskan barang yang disita dan kami dengan tegas menyatakan ia tidak boleh dilakukan, melainkan ada dokumen yang mengesahkan barang itu boleh ada dalam gudang dengan sah, saya minta dia hantarkan dokumen.

“Namun ketika dia hadir ke pejabat saya, dia tidak mahu menyerahkan dokumen sebaliknya meninggalkan sampul atas meja saya,” katanya.

Jelasnya lagi, sampul itu kemudiannya dibawa kepada pihak atasan.

“Saya tak buka sampul itu, tapi saya rasa dengan tangan dan tahu itu duit, dan selepas itu kami bawa wang berkenaan ke SPRM, di sana mereka buka sampul itu depan saya dan nilai wang yang ada sejumlah RM5,000,” katanya.

Jelasnya, selepas itu dia menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk siasatan lanjut.

“Saya sudah lakukan yang sewajarnya, jadi saya juga menyeru kepada kita semua untuk sama-sama menolak amalan jijik rasuah,” katanya.

BACA:

Setelah jumpa doktor, Jaclyn Victor dedah perkara mengejutkan ramai

Anwar semakin dapat sokongan kukuh sebagai PM

BN beri jaminan sokong undi percaya terhadap PM