PDRM minta hentikan spekulasi berkaitan kes Ebit Lew

PDRM minta hentikan spekulasi berkaitan kes Ebit Lew. Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan pertuduhan membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, ia bagi memastikan prosiding perbicaraan membabitkan pendakwah bebas berkenaan berjalan lancar.

“Siasatan dijalankan merangkumi pelbagai aspek termasuklah kemungkinan wujudnya tuduhan fitnah.

PDRM minta hentikan spekulasi berkaitan kes Ebit Lew

“Bagaimanapun, hasil siasatan serta bukti-bukti yang nyata, pendakwaan ke atas pendakwah itu akan diteruskan.

“Ia berikutan hasil siasatan daripada laporan polis yang diterima daripada seorang mangsa di daerah Tenom pada 7 Ogos tahun lalu.

“Oleh itu, kita memohon semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan prosiding perbicaraan berjalan lancar,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom, dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abd Jalil memaklumkan setakat ini sebanyak 11 pertuduhan dikenakan terhadap pendakwah berkenaan melibatkan gangguan seksual dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp di daerah Tenom.

Baca:

Kisah bapa tukar durian untuk beli mainan anak meruntun jiwa netizen

Cara buat sardin ‘homemade’ yang ramai tidak tahu, memang jimat

Jenazah Husien Gila berbau harum, siapakah dia?

COMMENTS

Wordpress (0)