Patutlah wanita ini mengamuk depan butik pakaian ini, rupanya dituduh mencuri jadi punca!

Patutlah wanita ini mengamuk depan butik pakaian ini, rupanya dituduh mencuri jadi punca!

Seorang pelanggan wanita bukan sahaja menjerit dan mengamuk malah mencampak barang-barang di sebuah butik pakaian, semalam.

Menerusi video tular dimuat naik oleh @1010midvalley, wanita itu membuat kekecohan dengan memusnahkan beberapa barang seperti patung dan tempat gantung baju di kedai terbabit.

Patutlah wanita ini mengamuk depan butik pakaian ini, rupanya dituduh mencuri jadi punca!

Difahamkan kejadian berlaku di sebuah pusat membeli-belah di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, punca sebenar kekecohan tersebut tidak dapat dikenal pasti walaupun beberapa pengguna menterjemah kata-kata wanita itu yang menyatakan dirinya dituduh mencuri.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 614,400 tontonan, 12,600 tanda suka dan 4,850 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang menggesa pihak berwajib untuk menyiasat kejadian tersebut yang dipercayai telah menganggu ketenteraman awam.

@1010midvalley #fyp ♬ 原声 – 1010 Mid Valley Megamall

“Harap polis siasat dan bertindak segera. Sudah merosakkan harta awam dah ni,” komen Wawa.

“Kenapa tiada siapa pergi tenangkan dia? Semua tengok sahaja. Tenangkanlah dia yang sedang marah tu sebelum habis rosak semua dihumbannya,” komen Zamila.

“Kena bayar balik kerana sebabkan kerosakan. Biar pihak berkuasa siasat selanjutnya,” komen pengguna yang lain.

BACA:

Gara-gara video Youtube tak jaga batas pergaulan lelaki dan perempuan, cara makan Ammar Nazhan pun jadi bahan kutukan