Patutlah ramai sokong Sanusi, rupanya ini fakta kes yang ramai nak tahu

Patutlah ramai sokong Sanusi, rupanya ini fakta kes yang ramai nak tahu

Terdahulu, satu tangkap layar tersebar di media sosial yang mendakwa Pas telah mengarahkan seramai 200,000 ahli parti tersebut, khususnya di Selangor dan Kedah untuk turun ke Mahkamah Sesyen Selayang.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Muhammad Sanusi dipercayai akan didakwa di Mahkamah Sesyen Satu dan Dua Selayang berhubung kenyataan mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya.

Patutlah ramai sokong Sanusi, rupanya ini fakta kes yang ramai nak tahu

Fakta kes ni berat tuan-tuan…
Bacalah.. Punyalah banyak hinaan dan fitnah dalam 3 perenggan sahaja.
1. Fitnah PM
2. Fitnah Elizabeth
3. Hina sultan Selangor
4. Secara tak langsung hina salasilah lain-lain sultan.
5. Hina MB Selangor
6. Fitnah YDPA.

Yang didakwa ni, cuma yang paling besar hierarki, iaitu fitnah/hina YDPA dan Sultan Selangor.

Lepas tu, ada pula penyokong bertaraf agamawan meminta membacakan Qunut Nazilah.. Tuju kepada siapa? Istana? PDRM?

Berhati-hatilah..

Kita berkempen berpolitik ni, jangan sampai tak beringat adab dan kesusilaan. Sebenarnya, beliau ini bukan sahaja menyentuh isu sensitif 3R yang terkait YDPA dan Sultan secara LANGSUNG, tetapi juga telah menjerumuskan diri dalam jenayah Qazaf.

Yang menyokong dan mendukung ni pun satu hal juga… Tak salah menyokong parti mana pun. Ini kan negara demokrasi. Cuma, apabila memilih kerajaan dalam pilihan raya, ingat pesan dan hadis sahih tentang apa yang nabi sebut golongan ruwaibidhah.
😔
Bahkan Rasulullah SAW mengaitkan Ruwaibidhah dengan zaman yang paling ditakuti.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan.

Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah.

Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.”

BACa:

Panas! Semalam kes hina Sultan Selangor, hari ini SPRM siasat kes lombong haram REE pula