Patutlah ramai komplain banyak barang rosak, rupanya kurier main campak parcel pelanggan

Barang yang dibeli secara online mengambil risiko di mana kadang-kala ada barangan yang dihantar melalui kurier rosak, walaupun barangan tersebut sudah dibungkus rapi oleh penjual.

Terkini ada satu rakaman klip video di mana ada sekumpulan pekerja kurier mencampak parcel pelanggan sesama mereka.

Tindakan itu dipercayai bagi memudahkan serta mempercepatkan kerja-kerja pengasingan parcel mengikut kategori dan lokasi.

Patutlah ramai komplain banyak barang rosak, rupanya kurier main campak parcel pelanggan

Perkara tersebut diakui oleh salah seorang pengguna X yang mendakwa dirinya bekas pekerja di sebuah gudang kurier.

Menurutnya bahagian pengasingan memang sudah biasa mencampak seperti begitu kerana terdapat ribuan parcel perlu diasingkan setiap hari.

Ramai netizen mengecam perbuatan pekerja parcel yang tidak amanah sehingga menyebabkan kerosakan pada barangan pelanggan.

Tambah orang ramai lagi, apabila perkara ini terus terjadi ia merugikan peniaga online dalam beberapa perkara seperti kerugian kewangan dan reputasi di mata pelanggan.

Sehubungan itu, netizen meminta setiap pengusaha kurier memperketatkan SOP dan memantau pekerja bahagian pengasingan agar perkara tersebut tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Baca : Habis je SPM aku kena paksa kahwin dengan orang tua ni, lepas 3 tahun aku lari bawa semua harta dia”