Teknologi pertanian di Thailand dikenali berada pada tahap yang canggih dan maju berbanding dengan negara-negara lain, termasuk Malaysia.
Sebagai contoh, mesin-mesin terbaik yang digunakan dalam sektor pertanian Thailand,
Terdapat beberapa mesin yang mungkin belum digunakan di negara kita.
Walaupun ada pihak yang mengatakan bahawa petani di sana sering menggunakan banyak baja dan racun kimia, tetapi sebenarnya ramai petani di Thailand telah beralih ke penggunaan baja organik yang dihasilkan daripada bahan semula jadi.
Baja organik ini menghasilkan hasil yang lebih baik berbanding dengan baja kimia.
Mari baca perkongsian daripada halaman Ladang Muhammad mengenai rahsia pekebun Thailand yang menghasilkan hormon air kelapa dengan menggunakan telur sebagai vitamin bagi mempercepatkan pertumbuhan dan berbuah lebat pokok mereka.
Adakah anda tidak sabar untuk melihat hasilnya? Teruja melihat pokok buah di Thailand yang berbuah merimbun, malah ada yang buahnya lebih banyak daripada daun. Walaupun ada pendapat bahawa mereka menggunakan baja kimia, sebenarnya bahan mudah didapati digunakan untuk mencipta hormon penggalak buah. Anda sepatutnya mencuba.
Inilah Rahsia Orang Thailand Membuat Pokok Berbuah!
Bahan-bahan:
2 kg Kulit telur, dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji Air kelapa muda
Cara-cara:
Kisar halus kulit telur menggunakan pengisar kering.
Campurkan semua bahan dalam satu bekas.
Peram selama 14 hari dan kacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan.
Buang daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang akan disemprot.
Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.
Difahamkan campuran ini berfungsi sebagai baja atau vitamin semulajadi, menggantikan penggunaan racun kimia pada tanaman.
BACA: Pernah jadi syarikat paling berkuasa, kini Kodak kembali sebagai syarikat kecil