Patutlah beratur lelaki nak gunting rambut kedai ni, gadis melayu lawa berbaju kurung tukang gunting

Satu video tular di laman TikTok kecoh apabila sebuah salon mempunyai staf wanita yang lengkap bertudung

Dan berbaju kurung menyediakan khidmat gunting rambut kepada pelanggan lelaki.

Salon yang terletak di Bandar Perda, Pulau Pinang itu mengejutkan ramai kerana disangka mengamalkan

konsep di luar kebiasaan, iaitu menampilkan petugas wanita Muslimah untuk mengurus pelanggan bukan mahram.

Walaupun dilihat pelik, rata-rata warga maya di ruangan komen TikTok memberikan sokongan.

Patutlah beratur lelaki nak gunting rambut kedai ni, gadis melayu lawa berbaju kurung tukang gunting

“Ada kerja kosong ke situ? nak join kerja jugak” – Zida

“memang jadi tempat fav aku la gunting sini” – Ali

Sementara itu, tidak kurang juga warga maya yang beranggapan pemakaian baju kurung merupakan teknik pemasaran genius salon terbabit.

“Pandai mereka ni main sentimen Ramadan, nampak ayu je semua potong rambut walaupun sudah terang lagi bersuluh salah di sisi agama, dilarang keras campur lelaki dan perempuan.

BACA: “Lemah budak U sekarang”, pelajar sebar surat layang stress assigment banyak