Pasangan kekasih ditemui maut dalam kereta, dua-dua telanjang bulat di sebuah bengkel
Pasangan kekasih berusia awal 20-an ditemui meninggal dunia dalam keadaan telanjang dalam kereta yang diparkir di sebuah bengkel.
Berita tempatan melaporkan, kejadian yang berlaku di Indonesia itu menyaksikan kedua-duanya tiba di bengkel sekitar jam 4 pagi.
Pekerja bengkel yang menemui mereka memberitahu bahawa kedua-duanya sudah tidak sedarkan diri.
Mangsa lelaki yang turut bekerja di bengkel sama dilaporkan hilang ketika bertugas dan tidak dapat dihubungi.
Disebabkan curiga, 3 orang pekerja yang lain datang kembali pada waktu petang dan menemukan pasangan berkenaan telah meninggal dunia dalam keadaan mengaibkan.
Enjin kereta juga dilaporkan masih hidup, serta tingkap dan pintu yang tertutup rapat. Doktor yang memeriksa mangsa telah memberitahu bahawa kedua-dua mereka telah mengalami keracunan gas monoksida.
Keluarga mangsa juga akur dengan pemergian mangsa dan tidak mahu sebarang post-mortem dilakukan terhadap jenazah.
BACA: Ini kisah sedih malam terakhir P Ramlee sebelum hembus nafas terakhir, ramai tak tahu kisah ini