Pasangan ini terkilan, hospital tak lepaskan jenazah bayi kerana tidak dapat bayar bil

Pasangan ini terkilan, hospital tak lepaskan jenazah bayi kerana tidak dapat bayar bil

Pasangan ini terkilan, hospital tak lepaskan jenazah bayi kerana tidak dapat bayar bil. Sepasang suami isteri tidak dapat mengebumikan jenazah bayi mereka kerana tidak mampu membayar bil perubatan hospital berjumlah 2.3 juta rupiah (RM697).

Ilham, 21, dan isterinya, Santi Marlina, 19, reda dengan pemergian anak mereka, namun berasa terkilan kerana tidak dapat mengebumikan anak mereka dengan segera.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu membawa anak mereka yang sakit menjalani rawatan di Hospital Umum Muhammad Sani Karimun di Indragiri Hilir, Riau.

Selepas dua hari menerima rawatan, bayi itu meninggal dunia dan kerana ibu bapanya tidak mampu menjelaskan bil rawatan, maka jenazahnya ditahan sehingga bil diselesaikan.

Lebih menyukarkan, pasangan suami isteri itu tidak mempunyai surat yang membuktikan mereka adalah golongan asnaf yang membolehkan bil rawatan diselesaikan oleh kerajaan.

Pasangan ini terkilan, hospital tak lepaskan jenazah bayi kerana tidak dapat bayar bil

“Jenazah bayi kami ditahan oleh pihak hospital sehingga kami membayar bil rawatan.

“Namun, kesedihan kami sedikit terubat apabila Ketua Polis Karimun, Tony Pantano membantu kami menjelaskan bil tersebut.

“Alhamdulillah, kami dapat mengebumikan jenazah anak kami dan terima kasih diucapkan kepada Tony dan pihak lain yang membantu kami,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Pasangan suami isteri itu turut menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan hospital yang menahan jenazah anak mereka.

BACA:

Wanita promosi khidmat pasang ‘braces’ milik rakan, sekali KKM sound minta nombor telefon

Selepas kena hentam orang ramai, JKR perjelas kerja selenggara Istana Negara