PRN Melaka : PAS bertanding guna lambang PN – Hadi Awang

PRN Melaka : PAS bertanding guna lambang PN – Hadi Awang

PAS akan menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan di laman sosial Facebook memaklumkan, perkara itu diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

“Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung pada 1 Nov di Pejabat Agung PAS Pusat telah meluluskan penggunaan lambang PN dalam Pilihan Raya Negeri Melaka,” katanya.

Abdul Hadi berkata ketetapan itu telah mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang semalam, selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan PAS.

COMMENTS