‘Pandai pakai, pandai simpan la’, gara-gara pakai sedondon, pengarah syarikat terkenal kantoi curang

‘Pandai pakai, pandai simpan la’, gara-gara pakai sedondon, pengarah syarikat terkenal kantoi curang

Gara-gara sebuah video fesyen jalanan, seorang lelaki di China dipecat

selepas didapati curang bersama wanita lain, lapor laman berita Detik hari ini.

'Pandai pakai, pandai simpan la', gara-gara pakai sedondon, pengarah syarikat terkenal kantoi curang

Hu Jiyong yang dipecat, merupakan Pengarah Eksekutif dan Pengurus di salah sebuah syarikat terbesar China, Huanqiu Engineering Project Management (Beijing) Co. Ltd.

Menerusi sebuah klip video fesyen jalanan yang dimuat naik dalam aplikasi Douying, Jiyong didapati mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita bernama Dong Sijin.

Sijin yang berkelulusan dari Universiti Petroleum China didapati bekerja di bawah Jiying dan isterinya di syarikat sama.

Kedua-dua mereka dirakam berpegangan tangan dan berpakaian sedondon.

Selepas video itu tular, syarikat Huanqiu Engineering mengambil tindakan tegas dengan memecat Jiyong.

Pihak pengurusan bagaimanapun masih belum mengambil tindakan terhadap Sijin

BACA:

Nampak macam pasangan bahagia, sekali Awal Ashaari dedah sesuatu mengenai hubungannya dengan Scha Alyahya

Lelaki ini offer gaji kerja online dalam masa 5 minit je, boleh dapat gaji RM500-600 rupanya ini kerjanya..