Pakcik Pilot jadi mak bidan bantu wanita lahirkan anak dalam pesawat

TINDAKAN pantas juruterbang membantu seorang wanita yang ingin melahirkan anak mendapat perhatian warga maya.

Jakarin Sararnrakskul pada masa tersebut sedang mengendalikan pesawat VietJet dari Taipei, Taiwan, ke Bangkok, Thailand sebelum dikejutkan dengan panggilan kecemasan berkaitan wanita terbabit.

Susulan daripada itu, dia bergegas membantu ibu hamil tersebut bersama kru kabin yang lain.

Pakcik Pilot jadi mak bidan bantu wanita lahirkan anak dalam pesawat

Bukan sahaja tidak panik, dia yang berpengalaman selama 18 tahun terus menjadikan tandas pesawat sebagai ‘dewan bersalin’.

Berkongsi kenangan manis berkenaan di laman sosial, dia turut menamakan bayi berkenaan sebagai ‘sky baby’.

“Saya telah menjadi juruterbang selama 18 tahun. Saya baru sahaja membantu bayi yang baru lahir di dalam pesawat,” katanya dalam catatan di Instagrambsambil berkongsi imej dirinya memegang bayi itu.

Baca juga: Kawan baik rupanya ada skandal dengan suami, kantoi bila terbaca mesej