Pak Nil cuba korek siapa Ira Kazar tapi Syamsul beri simbol ini

Pak Nil cuba korek siapa Ira Kazar tapi Syamsul beri simbol ini.Kontroversi rumah tangga pengarah filem, Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah Liyana nampaknya belum reda. Walaupun diaju dengan pelbagai soalan tentang siapa Ira Kazar, Syamsul memilih untuk mendiam diri.
Terbaru, Syamsul tampil dalam sebuah rancangan wawancara Hard To Heart yang dikendalikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi. Menerusi temubual tersebut, Pak Nil cuba membongkar rahsia hubungan di antara Syamsul dan Ira Kazar.
Tak mahu sakitkan hati isteri
Ketika ditanya siapa Ira Kazar, Syamsul hanya mampu berdiam diri sambil membuat isyarat mengunci mulut. Jelas Syamsul, walaupun dia dilihat gembira seperti tiada apa yang berlaku, namun pengarah filem itu mengakui dia cukup tertekan dengan apa yang sudah terjadi.
Semestinya saya stress tapi saya masih kena teruskan hidup. Saya ada kawan-kawan saya, anak saya dan keluarga saya.
Saya okay je Alhamdulillah tak ada apa-apa. Bagi saya sometimes ada benda yang lebih baik kita diam. Syamsul banyak berserah kepada Allah SWT dalam soal apa-apa.
Ujarnya lagi, dia berasa pelik dengan warganet yang berterusan ingin tahu mengenai dirinya seolah-olah pelakon filem KL Gangster itu berhutang kepada mereka. Tegasnya, ada perkara yang boleh diceritakan dan perlu disimpan.
Saya nak tak nak kena hadap dan just be strong. Yang saya pelik orang luar yang tertekan bila saya diam ataupun dah cakap. Seolah-olah saya berhutang dengan mereka. Netizen kena faham lah ada benda yang boleh kita share dan ada benda tak boleh tambah pulak hal-hal peribadi.
Apabila ditanya mengenai isu Puteri Sarah membuat statement berkaitan hal kontroversi itu, Syamsul enggan mengulas lebih lanjut kerana tidak mahu menyakitkan hati isterinya itu.
Saya kenalah lalui. Saya tak nak keluarkan statement yang akan menyakitkan hati isteri saya.
‘Siapa Ira Kazar tu pada awak’
Dalam pada itu, Syamsul turut mengakui hubungan dia bersama bapanya sedikit tegang, namun masih lagi berhubung lagi bagi urusan kerja. Malah, dia turut mengakui silapnya selama ini dan ingin memperbetulkannya.
Saya faham benda tu liku-liku yang berlaku cabaran yang berlaku. Sampai ke tahap ini banyak ujian saya dengan ayah saya. Dia pun tahu masalah saya. Kalau lah hidup ini senang dan saya boleh tulis hidup saya macam dalam skrip benda tak akan jadi macam ni. Tak ada pun orang mahu berpisah atau melalui fasa-fasa macam ni tapi sometimes tak boleh elak.
Saya mengaku yang saya ada buat silap dan saya nak perbetulkan masalah tu. Ada lah silap-silap saya dalam hubungan.
Walau bagaimanapun, Syamsul mengatakan bahawa dia masih lagi menyayangi isteri dan keluarganya tanpa ragu-ragu.
Video penjelasan
@imranimlap #hardtoheart #fyp ♬ original sound – imran imlap
BACA:
Mahkamah kekalkan perintah interim injuksi terhadap Ira Kazar, ini bakal berlaku
Puasa sunat Arafah di Malaysia tetap 9 Julai walaupun wukuf 8 Julai, ini sebabnya