Padanlah rasa semacam je air, lipas buat sarang rupanya dalam dispenser

Patutlah Air Rasa Pelik, Wanita Terkejut Temui Sarang Lipas Dalam Dispenser

Tular sebuah video dari negara jiran, Indonesia memperlihatkan seorang wanita menemukan sarang lipas dalam dispenser air di rumahnya

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dapat dilihat mengambil segelas air putih dari dispenser berkenaan kerana sedang kahausan.

Padanlah rasa semacam je air, lipas buat sarang rupanya dalam dispenser

Menurut pengakuannya, rasa air tersebut dikatakan sedikit berbeza walaupun gelen air itu baru sahaja ditukar ketika dia meminumnya.

Alangkah terkejutnya wanita itu apabila dia mendapati terdapat sarang lipas sebaik dia membuka alat dispenser itu.

Ada lipas yang dilihat sudah berada dan berenang di dalam baki air yang terdapat pada bahagian bawah dispenser tersebut.

Disebabkan itu, wanita tersebut dikatakan sudah mula trauma untuk minum segelas air putih dari dispenser air berkenaan.

Dalam pada itu, video tersebut telah dibanjiri dengan pelbagai reaksi dari netizen yang melihat video terbabit di ruangan komen. Jom lihat apa kata mereka.

Baca juga:“Baik ada makna!”, patutlah pakcik ni bersungguh nak tumpangkan solat jumaat