Menabung memang mempunyai banyak kelebihan. Walaupun bernilai kecil, apabila dikumpul dan disimpan, ia boleh menjadi jumlah yang besar.
Biyok, seorang warga emas berusia 81 tahun, menjalani kehidupan sederhana di Padang Kaduduak, Payakumbuh Utara, Sumatera Barat.
Meskipun hanya bekerja sebagai pencuci pinggan, dia mampu menyimpan wang dalam jumlah besar di rumahnya, sehingga memerlukan 16 orang untuk mengirakannya.
Wang Disimpan Terlalu Banyak
Pada awalnya, Biyok, yang tinggal sendirian dan tidak berkahwin, menerima kunjungan Musleniyetti untuk membantunya mengemas pakaian hasil sumbangan orang ramai.
Namun, ketua kampung terkejut apabila mendapati banyak karung berisi wang, dengan nilai antara 100 rupiah (sekitar RM0.02 sen) hingga 100,000 rupiah (sekitar RM28), di rumah itu.
Tribunnews melaporkan bahawa kerana jumlah wang yang disimpan terlalu banyak, Musleniyetti terpaksa meminta bantuan orang lain untuk membantu dalam proses pengiraannya.
Selepas barang-barang dikeluarkan, mereka menemui wang yang berselerak di rumah warga emas tersebut.
“Pada mulanya, lapan orang membantu mengira wang tersebut sebelum akhirnya ditambah menjadi 16 orang.
“Wang tersebar di merata tempat, di lantai, dalam lipatan kain, bawah bantal, dan tilam,” kata Musleniyetti.
Tak Habis Dikira
Katanya, mereka mengambil masa sehari untuk mengemas rumah Biyok dan menemui wang kertas, baik yang lama mahupun yang baru. Menurutnya, mereka memerlukan masa yang lama untuk mengumpulkan semua wang tersebut sebelum boleh dikira.
“Kami masih dalam proses mengumpulkannya. Masih ada lima karung yang belum dikira, dan setakat ini, jumlah wang yang telah kami kira adalah sekitar 80 juta rupiah (sekitar RM23,000),” katanya.
BACA: ‘Tak boleh lawan Nisa Ai’, sekali tuan badan tampil dedah cerita sebenar