Owner iPhone meninggal dunia? Waris tak boleh buka? Ini cara set ‘legacy contact’ beri waris akses iPhone jika owner meninggal

Cara Nak Set “Legacy Contact” Untuk Iphone, Waris Boleh Akses Akaun Jika Pemilik Meninggal Dunia

Kematian merupakan satu kepastian bagi setiap yang bernyawa, seperti manusia. Apabila tiba masanya, maka berakhirlah perjalanan seseorang itu di atas muka Bumi ini.

Biasanya, barangan si mati seperti pakaian, diari, aksesori dan sebagainya akan disimpan oleh ahli keluarga terdekat sebagai kenangan.

Owner iPhone meninggal dunia? Waris tak boleh buka? Ini cara set 'legacy contact' beri waris akses iPhone jika owner meninggal

Namun, pada hari ini kita cenderung untuk merekodkan apa yang berlaku setiap hari menerusi telefon bimbit. Seperti yang kita semua tahu, telefon pintar boleh diibaratkan sebagai diari peribadi seseorang.

Kita menggunakan telefon pintar untuk merekodkan aktiviti seharian dan luahan perasaan melalui pelbagi fungsi yang ditawarkan, seperti Notes.

Selain itu, segala kenangan ketika hidup diabadikan dalam bentuk gambar atau video. Bingkisan kisah peribadi ini biasanya diabadikan dalam Gallery mahupun aplikasi perstoran awan seperti iCloud dan Google Photo.

Maka, sudah tentu sebagai waris kita mahukan akses kepada telefon pintar si mati agar semua kenangan ini tidak terkubur begitu sahaja. Jadi, telefon bimbit si mati juga boleh dijadikan memento oleh waris.

Apabila perasaan rindu itu datang, kenangan yang tinggal ketika si mati masih benyawa sahajalah yang menjadi penawar rasa membungkam di hati.

Walau bagaimanapun, hampir mustahil untuk kita mengakses telefon bimbit orang lain kerana biasanya ia dilindungi dengan tetapan kawalan keselamatan yang ketat.

Untuk akses akaun iPhone milik pengguna yang sudah meninggal dunia, anda perlu ditetapkan sebagai legacy contact
Seorang pengguna X, Nazri Ishak (@techsupremo), berkongsi cara untuk mengakses akaun iPhone milik pengguna yang sudah meninggal dunia.

Beliau berkongsi tip tersebut selepas diajukan satu persoalan oleh seorang waris berhubung telefon bimbit ahli keluarganya yang sudah meninggal dunia.

“Ada orang contact aku tanya macam mana nak unlock phone ahli keluarga dia yang baru meninggal. Aku tanya, arwah ada setup legacy contact tak, jawabnya tidak.

“Bila tak ada setup legacy contact ini, Apple pun tak boleh tolong kecuali dengan perintah mahkamah.” katanya.

Oleh itu, Nazri berkongsi cara untuk menetapkan legacy contact kepada pengguna iPhone agar akaun telefon pintar tersebut dapat diakses oleh waris.

Pertama sekali, pergi ke bahagian Settings, kemudian tekan pada nama anda.

unlock iphone meninggal dunia
Kata Nazri, pengguna yang ditetapkan sebagai legacy contact boleh meminta akses dari Apple untuk memuat turun data daripada akaun si mati.

Dengan ini, mereka boleh mengakses fail-fail seperti gambar-gambar dan video lama serta menutup akaun media sosial si mati.

BACA: “Influencer” dikecam kerana tak tahu bendera negeri