“Orang suruh tutup kilang, bukan tutup komen”- Netizen balas Azmin

“Orang suruh tutup kilang, bukan tutup komen”- Netizen balas Azmin

Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menutup ruang komen semua saluran-saluran media sosial.

Semakan mendapati pegawai-pegawai yang mengendalikan laman-laman Facebook, Twitter dan Instagram Azmin telah melakukan sekatan tersebut pagi tadi.

Sebuah posting Facebook yang dimuatnaik pagi tadi sempat mengumpul 135 komen, sebelum ruangan komen ditutup.

Perkara yang sama juga dilakukan di laman Twitter Azmin.

Orang ramai yang tidak di”tag” tidak boleh membalas tweet-tweet yang dikeluarkan oleh Azmin

Selain Facebook dan Twitter, ruang komen Instagram Azmin turut disekat.

Sebelum melakukan sekatan tersebut, laman-laman media sosial Azmin selalunya dibanjir dengan ratusan komen-komen kritikan dari netizen.

Kritikan netizen berpunca daripada keengganan Azmin untuk menutup kilang yang menjadi suami penyumbang kluster terbesar iaitu kluster tempat kerja seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Antara maklumbalas daripada netizen di twitter selepas Azmin tutup semua komen ialah :

@arifeddy12 #IsraelKoyak pun tak macam ni 😂

@ttyhah13 Biasalah faktor umur. Lain orang cakap, lain dia buat 😅😅

@ilhammikhail11 Bebal,rakyat ckp banyak kali tapi buat bodo.

@PedotFirdaus Celaka ni kalau menang next pru aku tak tahu la apa jadi dengan Malaysia ni. Teruk sangat kalau rakyat masih undi dia.

@blakarecap Ramai menteri tak berguna..tapi dia nie dah lah tak berguna, menyusahkan orang pulak tu. Tu lah org kata, kecik2 tak nak……..dah besar menyusahkan orang pulak😏

COMMENTS