Orang ramai bingung, projek perumahan Prima Teluk Intan ‘ghaib’

Orang ramai bingung, projek perumahan Prima Teluk Intan 'ghaib'

Orang ramai bingung, projek perumahan Prima Teluk Intan ‘ghaib’. Status projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Teluk Intan di Batu 4, Jalan Changkat Jong, di sini yang dirasmikan pada April 2018, masih menjadi tanda tanya kerana sehingga kini tiada sebarang pembangunan dilaksanakan di situ.

Selepas lebih empat tahun, kawasan tersebut kini dinaiki semak tebal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Datuk Mohd. Azhar Jamaluddin berkata, keadaan itu bukan sahaja merugikan tetapi menghampakan rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.

Katanya, difahamkan PR1MA Teluk Intan sepatutnya menawarkan 957 unit rumah mampu milik untuk rakyat di sini.

“Memang kita sedia maklum rumah PR1MA dibina kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri.

Orang ramai bingung, projek perumahan Prima Teluk Intan 'ghaib'

“Namun apa yang terjadi terhadap pembinaan rumah PR1MA Teluk Intan ini sangat menyedihkan. Selepas perasmian oleh Perdana Menteri ketika itu, tiada sebarang kerja pembinaan dilaksanakan.

“Tidak diketahui status projek ini sama ada diteruskan atau sebaliknya. Namun yang pasti rakyat kecewa kerana hanya mampu melihat tapaknya yang kini dinaiki semak-samun,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohd. Azhar berharap pembinaan PR1MA Teluk Intan dapat diteruskan untuk memenuhi keperluan rakyat berpendapatan rendah menduduki rumah sendiri yang selesa.

Kediaman PR1MA Teluk Intan melibatkan pembinaan 957 unit rumah mampu milik dengan nilai pembangunan kasar RM232 juta. Projek itu sepatutnya siap pada 2020.

Fasa pertama melibatkan 523 unit adalah rumah teres satu tingkat berharga RM180,000 manakala bakinya rumah teres dua tingkat berharga kurang daripada RM250,000.

Sebanyak 6,000 pemohon rumah PR1MA Teluk Intan mendaftar secara dalam talian dengan 2,000 daripadanya mendaftar sebagai pilihan pertama.

Rumah-rumah mampu milik PR1MA adalah bagi memenuhi permintaan golongan M40.

Individu atau keluarga dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 dan RM15,000 layak untuk memohon kediaman PR1MA.

BACA:

‘Ni mesti doa ex ni’, netizen berdekah tengok reaksi tok kadi bila pelamin jatuh tiba-tiba

Kumpulan Hacker Malaysia ‘serang’ kerajaan India, patutlah..

Patutlah power lawan Bangladesh, rupanya ini jadi dalam ‘Locker Room’ sebelum perlawanan

COMMENTS

Wordpress (0)