Orang Malaysia buat Haji langgar ‘flow’ yang sunnah

Orang Malaysia buat Haji langgar 'flow' yang sunnah

Orang Malaysia buat Haji langgar ‘flow’ yang sunnah. Orang Malaysia buat Haji langgar flow yang sunnah.

1. Yang sunnah hari tarwiyah 8 Zulhijjah bergerak ke Mina dan mabit di sana, orang Malaysia
terus check in di Arafah bermalam di sana.

2. Yang sunnah hari wukuf 9 Zulhijjah bermula Zohor sehingga maghrib berwukuf di Arafah, orang Malaysia lepas solat zohor beratur keluar dari arafah.

3. Yang sunnah selepas wukuf di Arafah menuju ke Muzdalifah, orang Malaysia terus ke Masjid Haram buat tawaf haji.

4. Yang sunnah mabit di Muzdalifah sehingga terbit matahari, orang Malaysia terus ke Mina pukul 12 malam melontar.

Orang Malaysia buat Haji langgar 'flow' yang sunnah

5. Yang sunnah bergerak ke Mina selepas terbit matahari 10 Zulhijjah untuk melontar, orang Malaysia tengah santai di Hotel di Mekah dan Mina malah ada yang sempat solat raya dengan Sudais di Masjidil Haram.

6. Yang sunnah ayyam tasyriq mabit di Mina, tapi orang Malaysia duk Mabit di hotel Mekah.

7. Yang sunnah waktu melontar jamrah ayyam tasyriq selepas zohor, tapi orang Malaysia selepas subuh sudah keluar melontar ada yang tengah malam.
Dan banyak lagi.

Lebih menyedihkan yang duk promo langgar flow sunnah ni tolib ilm. Saat kesenangan buat haji, tidak sesak, penuh lancar masih ada yang langgar sunnah demi nak keselesaan peribadi.

BACA:

Penuh satu badan, pengantin terima hadiah barang kemas dari tetamu

EV keluaran Hyundai mula menyaingi Tesla

Wanita didakwa hina Islam dibenarkan untuk diikat jamin