Orang Kelantan memang suka merantau, bukan sebab tak ada kerja – Mohd Amar

Orang Kelantan memang suka merantau, bukan sebab tak ada kerja - Mohd Amar

Orang Kelantan memang suka merantau, bukan sebab tak ada kerja – Mohd Amar. Orang Kelantan memang suka merantau terutamanya golongan muda ke negeri lain, bukan sebab tak ada kerja, ia merupakan tradisi mereka yang suka merantau kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Peluang pekerjaan memang banyak dan mencukupi, namun sebahagian rakyat lebih cenderung untuk bekerja di ibu kota, selain ada segelintir bersikap memilih kerja jelas Mohd Amar,

Menurut Mohd Amar juga, penghijrahan rakyat di negeri itu bukan saja berlaku di Kelantan tetapi juga seluruh dunia, justeru itu keadaan berkenaan tidak menggambarkan kegagalan kerajaan Kelantan dalam menyediakan peluang pekerjaan.

Orang Kelantan memang suka merantau, bukan sebab tak ada kerja - Mohd Amar

“Sifat orang Kelantan, terutama anak muda, memang suka merantau sama ada untuk mencari kerja atau apa saja aktiviti. Itu tidak boleh dinafikan.

“Keluar dari negeri untuk bekerja bukan berlaku di Kelantan saja tetapi juga di seluruh dunia. Malah, beberapa bulan lalu, ada laporan bahawa kajian mendapati kira-kira 500,000 rakyat Malaysia bekerja di luar negara, jadi hendak kait macam mana itu?

“Ada banyak peluang pekerjaan tetapi anak Kelantan lebih suka berada di luar (Kelantan)… mungkin rasa tidak ‘glamor’, ada juga yang memilih kerja,” katanya.

BACA:

Ketumbuhan di mata, wanita ketepikan rasa malu untuk terus survive

Saja-saja buat semakan, sekali ada RM12,000 wang tak dituntut atas namanya

Wanita nazak dihempap lori selamat lahirkan anak