OPR dijangka naik lagi seawal bulan hadapan, siap sedia…

OPR dijangka naik lagi seawal bulan hadapan, siap sedia...

OPR dijangka naik lagi seawal bulan hadapan, siap sedia…AmBank Research menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas (bps), semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Julai dengan mengunjurkan peningkatan inflasi turut akan berlaku.

Kenaikan sebanyak 50 bps akan menjadikan OPR kepada 2.50 peratus, selepas kenaikan 25 bps dibuat oleh BNM bulan lalu.

Firma penyelidikan itu menjangkakan inflasi keseluruhan negara adalah antara 2.8 peratus dan 3.0 peratus tahun ini.

Inflasi keseluruhan pada Mei 2022 berada pada 2.8 peratus tahun ke tahun, menjadikan purata inflasi sepanjang tahun kepada 2.4 peratus tahun ke tahun.

“Dengan purata lima bulan pertama pada 2.4 peratus, untuk mencapai sasaran kami jangkakan sebanyak 2.8 ke 3.0 peratus, purata tujuh bulan berikutnya harus berlegar antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus, ia dilihat sama dengan sasaran kami,” katanya.

OPR dijangka naik lagi seawal bulan hadapan, siap sedia...

AmBank berkata, walaupun harga siling semasa untuk keseluruhan ayam standard ditetapkan pada RM8.90 sekilogram (kg), harga purata untuk ayam pada Jun 2022 ialah RM9.70/kg.

“Ini memberi petunjuk bahawa penjual menjual melebihi harga siling sebanyak sembulanperatus, ia pasti akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung ke atas keseluruhan inflasi terhadap isi rumah,” katanya.

Kerajaan memutuskan untuk tidak menghapuskan harga siling ayam tetapi memperkenalkan harga siling baharu, katanya.

“Kami berharap dengan memperkenalkan semula harga siling baharu untuk ayam, penjual akan dapat menampung harga baharu ini tanpa menjejaskan aliran tunai mereka dan memberi kurang tekanan secara langsung dan tidak langsung terhadap kos sara hidup isi rumah,” katanya.

AmBank Research menjangkakan harga siling baharu sedikit sebanyak mencerminkan harga pasaran sebenar semasa untuk ayam antara RM10 dan RM12 sekilogram.

Selain itu, ia berkata penghapusan harga siling telur dan subsidi minyak masak sawit akan memberi impak minimum ke atas keseluruhan indeks harga pengguna (IHP) kerana telur dan minyak hanya menyumbang 0.9 peratus daripada keseluruhan bakul IHP.

BACA:

Lelaki ini dedah kos cas kereta Tesla bagi perjalanan 500km di Malaysia

Bayaran BKM Fasa 2 mula masuk ke akaun penerima

Gadis Malaysia 21 tahun sudah pakai Tesla, kongsi pengalaman