Nyaris termakan kuey teow goreng ayam berulat

Nyaris termakan kuey teow goreng ayam berulat

Nyaris termakan kuey teow goreng ayam berulat. Hasrat tiga sekeluarga untuk menjamu kue teow goreng ayam yang dipesan terbantut selepas menemui ulat pada ayam goreng berkenaan.

Pada kejadian tengah malam kelmarin, suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Hasnah, 46, berkata, selepas aduan dibuat terhadap pekerja restoran yang terletak dekat pusat bandar itu, pengurusan restoran menawarkan gantian hidangan baharu.

Katanya, bagaimanapun mereka enggan menerima pelawaan itu dan tidak mahu membayar harga makanan berkenaan.

“Saya, suami dan anak memesan menu mi segera goreng, roti kosong dan kue teow goreng ayam selain milo ais, kopi o dan teh panas.

“Sebaik hidangan kue teow tiba di meja, saya dan anak mahu menjamahnya namun sebaik dikuis, anak mengatakan ada ulat.

Nyaris termakan kuey teow goreng ayam berulat

“Seorang pekerja tempatan kemudiannya mengambil makanan yang berulat itu dan menawarkan hidangan baharu tetapi suami menolaknya,” katanya dihubungi.

Hasnah berkata, mereka bagaimanapun meneruskan menjamu hidangan lain sebelum pulang.

Katanya, mereka hanya dikenakan bayaran RM8 untuk makanan dan minuman.

“Saya hanya sempat mengambil gambar makanan berulat itu dan nama restoran tetapi tidak meneruskan laporan kepada agensi berkaitan kerana tidak tahu bagaimana mahu melakukannya.

“Saya meminta bantuan pihak lain bagi menghebahkannya di media sosial supaya orang ramai berhati-hati jika makan di restoran itu,” katanya.

Katanya, ia kali pertama mereka berdepan masalah itu sepanjang lebih lima kali makan di restoran berkenaan.

“Sebelum ini tiada masalah pun. Persekitaran tempat makan pun tiada haiwan seperti tikus atau serangga seperti lipas,” katanya.

Dalam pada itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kluang yang juga Pegawai Kesihatan Daerah Kluang Dr Linayanti Rosli berkata, pihaknya mengeluarkan kompaun RM200 terhadap pemilik restoran berkenaan atas kesalahan yang dilakukan di bawah Peraturan 32 iaitu pakaian pengendali makanan.

“Unit penguatkuasaan Pejabat Kesihatan Daerah Kluang telah membuat pemeriksaan dan tidak menemui ayam yang berulat.

“Bagaimanapun, dua kompaun dikeluarkan di bawah Akta Makanan 1983 di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya.

BACA:

Isteri jual diri kepada tuan rumah sebab suami kalah judi

Zul Ariffin tunai umrah, sekali netizen nampak lain pada kaki

Lagu ‘Hoi Ya Hoi’ : Altimet serah royalti kepada keluarga P.Ramlee