Norren Iman didakwa berani tunjuk pusat selepas ‘kurus’, sekali ini respon tuan badan

Norren Iman didakwa berani tunjuk pusat selepas ‘kurus’, sekali ini respon tuan badan.

Gara-gara memuat naik sekeping gambar memaparkan bahagian perut yang semakin kempis,

pelakon dan pempengaruh Norreen Iman menerima kecaman hebat daripada netizen.

Norren Iman didakwa berani tunjuk pusat selepas 'kurus', sekali ini respon tuan badan

Norreen atau nama lengkapnya Norreen Iman Abdullah, 29, memuat naik gambar tersebut ketika menyambut ulang tahun perkahwinan kesembilan bersama suami tercinta, Razzi Razak di sebuah restoran.

Lebih menjadi tumpuan apabila pelakon drama Cina Buta itu menggayakan baju menunjukkan perut yang hanya menutupi bahagian dada sambil memegang sejambak bunga mawar.

“Selamat menyambut ulang tahun kesembilan Baba (suami). Saya sayang awak sangat-sangat.

“Terima kasih kerana mengambil berat, memahami dan selalu ada di samping saya.

“Isteri gila tetapi suami tenang sahaja. Sayang awak sangat Razzi,” tulisnya dalam kapsyen.

Segelintir netizen menganggap tindakannya melampau kerana berani membuat penampilan dengan gaya sebegitu selepas kurus.

“Mahu tunjuk kurus punya pasal sampai pakai baju macam itu seperti tiada otak sahaja.

“Kadang-kadang terfikir apabila orang sudah kurus mereka buang lemak ke buang rasa malu?.

“Saya suka Norreen tetapi bila makin kurus jangan nampak sangat bentuk badan,” demikian antara komen netizen.

BACA:

ND Lala bagi ceramah cara ‘multiply income’, undang sindiran netizen ‘tambah income ke tambah bini?’

Tengah syok memandu sambil nyanyi lagu dangdut tiba-tiba terus lupa lirik, gelagat pak cik ini undang reaksi netizen