Nora sebak terima diploma bagi pihak arwah anak

Nora sebak terima diploma bagi pihak arwah anak

Nora sebak terima diploma bagi pihak arwah anak. MAJLIS konvokesyen sepatutnya menjadi hari yang cukup bersejarah buat seorang ibu apabila melihat kejayaan seorang anak berjaya menamatkan pengajian di menara gading.

Bagaimanapun berlainan pula dengan situasi yang dilalui oleh penyanyi, Datuk Nora Ariffin.

Hari yang sepatutnya diraikan dengan kegembiraan bertukar sebak dan hiba. Beliau mewakili arwah anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan menerima skrol diploma di Majlis Konvoskesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 baru-baru ini.

Nora sebak terima diploma bagi pihak arwah anak

Melalui satu hantaran yang dikongsi di Instagram, Nora seisi keluarga berasa bangga dan gembira dengan pencapaian arwah Alif Johan.

ARWAH SEMPAT MENGHABISKAN PENGAJIANNYA DI PERINGKAT DIPLOMA DALAM JURUSAN DIPLOMA PERFILEMAN DI FAKULTI FILEM, TEATER DAN ANIMASI DI UITM CAWANGAN PUNCAK PERDANA, SELANGOR SEBELUM KEMBALI MENEMUI PENCIPTA-NYA.

“Ini untuk Alif. Mama tolong ambilkan ya. Alhamdulillah. Tahniah. Moga Alif tenang di sana. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar UiTM FITA dan sahabat-sahabat yang memberi sokongan pada Alif selama hayatnya. Terima kasih UiTM. Moga legasi arwah dapat diteruskan,” tulis Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin.

Menerusi video yang dikongsikan laman Facebook Universiti Teknologi Mara, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin berkongsi serba sedikit tentang perihal arwah anaknya itu.

Ujar Nora, ketika hayatnya, Allahyarham banyak membantu beliau mengambil alih dalam bahagian kreatif termasuklah membantu menghasilkan video untuknya.

MENURUT NORA, ARWAH ALIF MENJADI ANTARA INDIVIDU YANG BANYAK MENAIKKAN SEMANGAT BELIAU SELEPAS PEMERGIAN ALLAHYARHAM SUAMINYA, JOHAN NAWAWI PADA 24 MAC 2017.

Setiap hari arwahanak keduanya pasti akan bertanya khabar menerusi WhatsApp tentang keadaan beliau.

“Memang pemergiannya satu kehilangan besar buat keluarga kami. Bagaimanapun saya reda dengan pemergian Alif. ALLAH lebih menyayanginya.

BACA JUGA:

32 tahun hidup di hutan, ‘Gandalf’ ini akui sangat bahagia

Restoran kari berhadapan risiko gulung tikar

Walau usia beza 32 tahun, pasangan ini hidup bahagia