Noh Omar nafi sokong Muhyiddin

Noh Omar nafi sokong Muhyiddin

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar hari ini dalam sidang media menafikan beliau menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata akan mengikut keputusan parti yang telah membuat keputusan untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Beliau juga turut berkata, “tanpa UMNO siapalah Noh Omar” dalam sidang medianya.

Hari ini nama Noh Omar dan nama-nama Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional seramai 31 orang tersebar seperti yang dinyatakan oleh Ismail Sabri dalam sidang media pada sebelah pagi yang menyokong Muhyiddin kekal sebagai Perdana Menteri.

COMMENTS