Nikki Palikat dedah sudah bercerai waktu pandemik

Nikki Palikat dedah sudah bercerai waktu pandemik

Nikki Palikat dedah sudah bercerai waktu pandemik. Penyanyi Nikki Palikat, 36, akhirnya membuat pengakuan mengejut apabila mengakui dia sudah bercerai dengan bekas suaminya, komposer Audi Mok.

Nikki atau nama sebenarnya Nicolette Louisa Palikat dalam temubual bersama program Melodi di TV3 berkata, dia tidak berniat mahu menyorokkan kisah perceraian itu, tetapi perlukan masa untuk menerimanya.

“Sebenarnya ya, saya dah bercerai. Perceraian ini berlaku ketika pandemik. Pada waktu itu, kami mencapai kata sepakat, lebih baik macam ini saja (berpisah).

“Kami teruskan sebagai kawan. Memang sekarang ini, hubungan kami lebih baik dari ketika berkahwin. Tapi, sebenarnya saya taknak lagi cerita benda ini sebab sangat menyakitkan,” katanya.

Ditanya juga apakah perceraian itu disebabkan kewujudan ‘orang ketiga’ dalam perkahwinan mereka, Nikki menafikanya. Jelasnya, mereka sebenarnya sudah tahu sejak dari dulu lagi memang tidak ‘match’.

Nikki Palikat dedah sudah bercerai waktu pandemik

“Tapi yang baiknya, kami sebagai kawan sangat bagus. Jadi, itu sebabnya kita bercerai dan hubungan akan jadi lebih baik. Dan, memang ia jadi lebih baik,” katanya mengakui lagu Sudah yang dilancarkan adalah berdasar daripada pengalaman sendiri.

Nikki juga berkata sewaktu mengalami kemurungan, dia pernah berasa dirinya gagal dalam semua segi. Katanya, sebab itu, dia nak cuba perbaiki perhubungan sebab taknak dilihat seorang yang gagal dan juga seorang yang berputus asa demi anak.

“Tapi, apabila saya fikir balik dan teringat apa bekas suami cakap, mungkin kita gagal sebagai pasangan suami isteri, tapi sebagai keluarga kita sudah berjaya sama sekali. Jadi, fokus pada itu sajalah.

“Malah, sebab kenapa saya tak ceritakan benda ini (perceraian) pada awalnya, sebab anak. Selama ini, saya cuba pulihkan keadaan rumah tangga sebab fikirkan anak saja.

“Bila fikirkan anak itu, memang sakit. Jadi, saya cuba tahan semuanya. Tapi, apabila akhirnya saya beritahu anak, dia boleh terima dengan baik dan perasaan saya sangat lega. Anak saya tidak ‘hancur’ dengan perpisahan ini,” katanya.

Terdahulu, Nikki yang pernah menyertai program Malaysian Idol musim pertama pada 2004 dan popular dengan lagu Caramu bertemu jodoh dengan Audi Mok pada 2009. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Liam, 12.

BACA:

Kenaikan harga barangan tidak sepatutnya jadi masalah besar kepada rakyat

Harga sawit jatuh mendadak dalam masa sebulan, pekebun mula resah

Didakwa promosi ‘soft porn’, Anna Jobling kata hanya ikut skrip