Netizen terkejut lihat keadaan rumah Zalina Azman, ini yang ramai perasan

Netizen terkejut lihat keadaan rumah Zalina Azman, ini yang ramai perasan

Netizen terkejut lihat keadaan rumah Zalina Azman, ini yang ramai perasan. Misteri kehilangan bekas personaliti TV3 , Zalina Azman, menjadi topik bualan yang hangat di dalam kalangan netizen.

Mereka menyatakan bahawa ianya sangat pelik untuk Zalina ‘hilang’ secara tiba-tiba tanpa diketahui oleh sesiapa termasuk ahli keluarganya sendiri dan mengapa dia tidak mengambil barangan yang penting seperti kad pengenalan, kad bank, dan lesen memandu.

Menurut anak Zalina, Mikhael Norman, mendakwa telah cuba untuk menghubungi dan mencari ibunya sejak 24 November 2021 untuk memaklumkan datuknya (bapa Zalina) masuk ke dalam h0spital tetapi gagal.

Mikhael menyatakan yang dia juga telah pergi ke rumah ibunya bersama bapa saudaranya dan mendapati keadaan rumah itu berselerak dan tidak tersusun.

Dia juga menyatakan bahawa kereta ibunya masih terletak di perkarangan rumah dan beg duit ibunya juga dijumpai yang mengandungi kad pengenalan, kad bank, lesen memandu, kunci kereta, dan wang tunai berjumlah RM600.

Netizen terkejut lihat keadaan rumah Zalina Azman, ini yang ramai perasan

Seorang pengguna di Twitter yang menggunakan nama Puteri N. Balqis, memberi pandangan tentang kes Zalina Azman ini.

Menurutnya, kes ini memang seram kerana ianya bukan mudah untuk seseorang hilang tanpa dijejaki.

Dia juga menyatakan bahawa keadaan rumah Zalina yang disiarkan menerusi Buletin Utama yang berselerak seolah-olah sudah layak untuk menjadi lokasi pengambaran filem h4ntu “found footage” yang seram.

Netizen yang melihat ciapan tersebut setuju dengan komen Puteri dan menyatakan rumah Zalina juga kelihatan seperti rumah di dalam filem “Ju-On”.

Mereka juga menyatakan ianya lagi ser4m kerana jiran Zalina juga baru mengetahui bahawa rumah tersebut ialah rumah yang diduduki Zalina selepas berita tersebut disebarkan.

Zalina dilaporkan telah hilang sejak bulan November tahun lalu dan pihak plis masih dalam usaha untuk menjejakinya.

Sekadar info, Zalina Azman merupakan bekas personaliti dan pembaca berita bagi stesen TV3 di era 90-an.

BACA:

Kos kenduri cecah RM213,000, pengantin ‘caj’ tetamu RM500 seorang

Pensyarah tergamam lihat bekas pelajar ‘struggle’ cari rezeki

Perkahwinan kembali Jeniffer Lopez, Ben Affleck bikin Shila Amzah seram

COMMENTS

Wordpress (0)