Netizen seru nama ibu Lisa, terkejut tengok idola kesayangan hanya pakai bikini
SEJAK kebelakangan ini nama Lisa Blackpink sering menjadi sebutan peminat apabila dilihat semakin berani memperagakan pakaian mendedahkan tubuhnya.
Terbaharu Lisa dilihat tampil mengenakan bikini berwarna hijau yang mendedahkan bahagian belakang badannya ketika bercuti di Greece.
Tidak hanya itu, Lisa juga berkongsi foto dia sedang berenang di dalam air sambil tersenyum gembira.
Lisa semakin berani tampil seksi.
Melihat tindakan beraninya itu, peminat secara berseloroh ‘mengugut’ mahu memberitahu ibu Lisa tentang sikapnya yang semakin berani berpakaian seksi.
“Lisa nanti mak marah! Pakai pakaian yang sopan, please.
“Mesti dia sekat akaun mak dia sebab itu berani pakai bikini,” komen netizen.
Sebelum ini Lisa mendedahkan dia masih di bawah pengawasan ibunya meskipun sudah berusia 26 tahun dan bergelar bintang terkenal dunia.
Kata Lisa atau Lalisa Manobal, dia gemar memakai bikini ketika berkunjung ke pantai tapi tak berani berkongsi foto di laman sosial.
BACA: Tak boleh minum air gas dicampur susu Sejat, ini sebab ramai tak tahu