Pempengaruh yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona meraih perhatian dan pujian wargamaya selepas memuat naik satu video menerusi TikTok.
Layan budak-budak
Menerusi hantaran tersebut, Leona yang manis mengenakan ‘dress’ berona hijau muda dilihat sedang melayan dua orang kanak-kanak sambil memangku salah seorang daripadanya.
Dapat dilihat, Leona begitu ikhlas melayan dan menyuap makanan ke mulut dua kanak-kanak tersebut.
Difahamkan, momen itu dirakam ketika pempengaruh berusia 22 tahun itu sedang menghadiri sebuah majlis perkahwinan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara layanan yang diberikan Leona terhadap dua kanak-kanak tersebut.
@leonathe2ndi love kids
Netizen juga berpendapat penampilan Leona lebih manis dan dilihat sudah semakin kurus selepas berkongsi momen dirinya bersenam sejak akhir-akhir ini.
Baca : Wan Faysal mungkin digantung parlimen setengah tahun sebab benda ini