Netizen kembang tekak tengok cara penyediaan makanan restoran terkenal

Netizen kembang tekak tengok cara penyediaan makanan restoran terkenal

Beberapa video memaparkan keadaan kebersihan penyediaan makanan didakwa di sebuah restoran ternama Kg Baru menjadi bualan netizen

Mana tidaknya, video tersebut menunjukkan penyediaan makanan tidak bersih dengan ayam

Netizen kembang tekak tengok cara penyediaan makanan restoran terkenal

diletakkan begitu sahaja di atas dapur dan melenyek kentang menggunakan botol serta lantai yang basah.

Video tersebut meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut melihat kebersihan makanan di restoran tersebut. Malah, para netizen turut tidak sangka pekerja di restoran itu tidak menitik beratkan aspek kebersihan.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mengecam tindakan pekerja di restoran terbabit kerana sewajarnya menghidangkan makanan yang bersih kepada pelanggan dan bukan sebaliknya.

Tidak hanya itu, para netizen juga mahu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyiasat isu yang tular ini. Menerima kecaman ramai, pemilik video telah memadamkan video-video suasana tempat bekerjanya itu dan menjelaskan hal sebenar.


BACA: Ingatkan Hazelnut, wanita terkejur jumpa ibu jari kaki dalam coklat jenama terkenal