Netizen kecam Nabila Razali pakai baju renang ketat dan ‘tak pakai tudung’

Netizen kecam Nabila Razali pakai baju renang ketat dan ‘tak pakai tudung’

Netizen kecam Nabila Razali pakai baju renang ketat dan ‘tak pakai tudung’. Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi iaitu Nabila Razali memuat naik gambar percutiannya di Pulau Redang menerusi laman Instagram miliknya yang telah menjadi perhatian netizen.

Menerusi hantaran tersebut, penyanyi lagu Pematah Hati itu dilihat sedang berdiri dalam air laut dengan memakai baju renang.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah pemakaian baju renang Nabila itu yang dianggap ketat dan menampakkan bentuk badannya.

Malah, ada juga netizen yang menegur tentang aurat lehernya dan mempersoalkan apabila dia dilihat hanya memakai topi untuk menutup rambut di ruangan balas.

Itu pakai tudung tak tu? – netizen.

Netizen kecam Nabila Razali pakai baju renang ketat dan 'tak pakai tudung'

“Leher aurat kan?” tulis seorang pengikut.

“Maaf tegur ketat sangat baju tu nampak bentuk badan,” tulis seorang warganet.

“Kalau boleh jangan post gambar ni please, tak manis orang tengok, kalau boleh simpan sendri je, jangan tunjuk dekat orang lain,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

BACA:

Kumpulan Hacker Malaysia ‘serang’ kerajaan India, patutlah..

Patutlah power lawan Bangladesh, rupanya ini jadi dalam ‘Locker Room’ sebelum perlawanan

‘Jadi duda lagi seronok’, Iman Zulkarnain bahagia lepas cerai 2 isteri