Netizen jumpa bukti baru, Hairul Azreen disyaki Sultan Pemurah

Netizen jumpa bukti baru, Hairul Azreen disyaki Sultan Pemurah

Netizen jumpa bukti baru, Hairul Azreen disyaki Sultan Pemurah. Hairul Azreen rupanya Sultan Pemurah? Netizen ada bukti baru. Nampaknya percutian keluarga bahagia, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mencuri tumpuan peminat dan netizen lagi sehingga turut tular menjadi bualan di media sosial.

Hairul Azreen bagaimanapun diruangan Instagram selain memuat naik beberapa keping foto juga menyatakan bahawa ia merupakan perancangan saat akhir untuk keluarga dan cukup kagum dengan pemandangan di percutiannya ini.

Selain di Instagram, menerusi platform TikTok juga muat naik daripada pelakon filem popular ini turut menarik perhatian ribuan warganet yang juga kagum melihatkan pemandangan dikongsikan ketika bercuti bersama isteri, Hanis Zalikha dan dua cahaya mata mereka, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Dalam pada itu, percutian Hairul Azreen dan keluarganya ini menjadi inspirasi buat peminat apabila lebih memilih untuk mendapatkan kenangan terindah dengan keluarga berbanding melakukan perkara lain malah mereka yang juga dilihat sempat menaiki helikopter turut menjadi tumpuan netizen.

“Kali pertama kami terbang selepas tiga tahun yang panjang. Masa untuk percutian keluarga dan ia akan menjadi sangat menyeronokkan,” tulis Hairul Azreen di akaun TikTok miliknya itu.

Netizen jumpa bukti baru, Hairul Azreen disyaki Sultan Pemurah

Hairul Azreen rupanya Sultan Pemurah? Netizen ada bukti baru

Walau bagaimanapun, menjengah juga keruangan komen ada beberapa netizen menyebut nama Sultan Pemurah apabila pernah melihat pemandangan tersebut oleh pemilik akaun yang sentiasa menjadi tanda tanya netizen itu.

“Sultan Pemurah ke ni…”

“Weyy Sultan Pemurah”

“Dia sewa Helikopter…”

“Macam view Sultan Pemurah”

@hairul_azreen88The very first time we flew out after 3 long years! Time for a family holiday and it’s gonna be snow much fun!♬ original sound – Hairul Azreen

BACA:

Jawatan kosong Pembantu Penyelidik di SIRIM Berhad, mohon sekarang

Kuliah subuh bising, lelaki mengamuk rampas mikropon penceramah

Jumpa segumpal rambut di bilik hotel suami, wanita luah perasaan di TikTok