Netizen gelar Hisyam Hamid sebagai ‘Zul Ariffin 2.0’, tidak malu dukung Scha Elinnea

Netizen gelar Hisyam Hamid sebagai 'Zul Ariffin 2.0', tidak malu dukung Scha Elinnea

Netizen gelar Hisyam Hamid sebagai ‘Zul Ariffin 2.0’, tidak malu dukung Scha Elinnea. Pasti ramai tahu sekarang sedang hangat ditayangkan drama Kerana Aku Isteri Bidaan di kaca televisyen lakonan Hisyam Hamid dan Scha Elinnea.

Baru-baru ini, tular video di aplikasi TikTok memaparkan aksi mesra kedua pelakon itu menjadi perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, Hisyam dilihat sedang mendukung Scha sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Diruangan komen video itu, rata-rata netizen terkejut apabila melihat babak Hisyam mendukung pelakon wanita lain.

Tidak kurang juga ada yang menyamakannya dengan pelakon Zul Ariffin serta ada yang menggelar Hisyam sebagai Zul Ariffin 2.0. Dalam pada itu, ada yang menyebut pelakon lelaki lain yang pernah mendukung heroin namun tidak dijadikan isu.

Netizen gelar Hisyam Hamid sebagai 'Zul Ariffin 2.0', tidak malu dukung Scha Elinnea

Sementara itu, ada netizen yang bertanyakan sama ada isteri Hisyam tidak cemburukah melihat babak tersebut. Meskipun ada segelintir yang mengecam, namun ramai yang sukakan gandingan Hisyam dan Scha dalam drama tersebut.

@schaell23 Bts #keranaakuisteribidaan ♬ double take – dhruv

BACA:

Kerajaan tarik balik subsidi kepada penternak bermula 1 Julai ini

Akaun ASNB dalam Maybank2u bakal hilang 18 Jun ini

Guna teknik ini jika mahu lupus bra & panties lama, dijamin selamat