Netizen dedah bukti Zul Ariffin dan Ruhainies dah kahwin

Netizen dedah bukti Zul Ariffin dan Ruhainies dah kahwin.

Nama pelakon Zul Ariffin dan Ruhainies kembali menjadi bualan netizen setelah tular video yang memaparkan kemesraan antara mereka di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @fyzalbabjan, Zul dan Ruhainies kelihatan hadir ke majlis Ralph’s Club Ralph Lauren yang diadakan di ibu kota, semalam (Rabu).

Berdasarkan rakaman itu, Zul datang rapat ke Ruhainies lalu berbisik ke telinga sambil memegang lengan aktres tersebut.

Selang beberapa saat, Zul dilihat beredar dari tempat tersebut dan Ruhanies kembali melayan peminat untuk bergambar.

Tengok cara macam dah kahwin

” Dia org klu dah kahwin nk rahsia bagai.. nnt bila ada masalah 1 dunia nak bgtau.. perkara baik rahsia.. klu perkara buruk2 cepat aje nk bgtau .. “

” mnpak care tu mcm depa ni dah kahwin andai benar aku la antara manusia yg hppy “

” dieorg sebernya dh khwin senyap2, dieorg dah rancang kita yg lalai “

” Lain mcm je Ruhainies&Zul Ariffin ni “

Bagaimanapun, kemesraan itu nampaknya kurang disegani oleh warganet. Ada segelintir netizen yang kembali beranggapan kedua pelakon ini sudah berkahwin namun merahsiakan.

Selain itu, status hubungan Ruhainies dengan Mr E juga menjadi persoalan dalam kalangan pengguna media sosial.

Sebelum ini, Ruhainies akui rapat dengan Zul tetapi sekadar hubungan seorang rakan karib dalam industri.

Manakala, pada penghujung tahun lalu, kelab peminat Zul iaitu @zulariffinfc menafikan dakwaan yang mengatakan mereka sudah berkahwin.

@fyzalbabjan @Ruhainies777 ♬ Bahagia Bersamamu – Haico

BACA JUGA:

Shahrol Shiro kena ‘serang’ dengan netizen setelah Ajak buka cerita, ini jawapan beliau 

Remaja 17 tahun dari Malaysia ini terima gaji RM14,000 sebulan

Admin group Whatsapp kini boleh ‘delete’ mesej ahli