Netizen cadang boikot selebriti ucap tahniah kepada Syamsul, Shuib pun kena

Netizen cadang boikot selebriti ucap tahniah kepada Syamsul, Shuib pun kena

Netizen cadang boikot selebriti ucap tahniah kepada Syamsul, Shuib pun kena. Belum reda kehangatan kisah perkahwinan kedua antara pengarah terkenal Syamsul Yusof bersama wanita pilihan, Ira Kazar, perhatian peminat nampaknya teralih kepada beberapa selebriti yang tampil mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Antara yang menjadi tumpuan adalah pelawak dan usahawan Shuib yang tidak ketinggalan meninggalkan komen syukur di atas perkahwinan Syamsul dan Ira.

Weh Malunya, benda dah terang-terang salah orang ucap Tahniah? Allahu. Harap ada pembelaan untuk Puteri Sarah Liyana. Harap dijauhkan orang macam syamsul yusuf dan Ira Kazar dalam kehidupan seharian ??

Dalam hantaran video penjelasan yang dimuat naik pengarah itu semalam, Shuib menulis “Alhamdulillah tahniah Syamsul” di ruangan komen.

Antara rakan artis lain yang meninggalkan komen serupa adalah pengarah Haji Zil dan juga Lando Zawawi.

Netizen cadang boikot selebriti ucap tahniah kepada Syamsul, Shuib pun kena

Namun begitu, doa selamat yang dititipkan Shuib itu nampaknya tidak dapat diterima segelintir netizen yang merasakan waktu itu tidak sesuai kerana ada yang terkesan akibat perbuatan Syamsul itu.

Kata netizen, lebih baik boikot saja Shuib dari industri hiburan kerana seolah-olah tidak prihatin dengan situasi yang dialami Puteri Sarah dan keluarga Syamsul Yusof.

BACA:

Pakaian DSV pula dapat kritikan netizen, “Tutup dada tu…”

Curang dengan menantu sendiri, wanita ini tampil mohon maaf