Netizen berteka-teki, Yasmin Hani dan kekasih rupanya dah kahwin ke?
Pasangan kekasih, Yasmin Hani dan Alif Hadi mengundang rasa kurang senang netizen apabila berkongsi momen mesra meraikan hari jadi Alif yang ke-35.
Menerusi foto dan video yang dikongsi kedua-dua selebriti itu, mereka dilihat bersama anak-anak menikmati hidangan di sebuah hotel terkemuka.
Dapat dilihat dalam gambar yang dimuat naik, Alif serta Yasmin erat berpeluk dan kelihatan sangat mesra hingga menampakkan seperti pasangan suami isteri.
Di ruangan komen, netizen menggesa pasangan ini segera bernikah kerana sebagai seorang Muslim aksi mesra itu tak manis dipandang.
Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat pasangan ini. Semoga segala urusan dipermudahkan!
View this post on Instagram
BACA: Anak Kak KM pakai baju ala-ala barbie, sekali lain pula yang netizen perhati