Kembali menarik perhatian, personaliti TV dan usahawan terkenal, Noor Neelofa, memuat naik foto bersama suaminya, Haris Ismail di Instagram bagi tatapan peminat.
Dalam hantaran tersebut, Neelofa memberikan ucapan selamat kepada Haris sempena sambutan hari lahirnya yang ke-29 baru-baru ini.
Turut berkongsi foto mesra mereka sebagai suami isteri, Neelofa menerima ucapan selamat daripada netizen.
“Imamku, kunci syurgaku. Terima kasih atas segalanya, sayang.
Semoga Allah memberikan kebaikan dalam segala hal dunia dan akhirat,” katanya.
Namun, ada netizen yang menegur usahawan itu kerana dikatakan terlalu menunjukkan kemesraan meskipun sudah bergelar suami isteri.
“Lebih baik bersederhana. Jangan terlalu menunjukkan kemesraan. Banyak perkara buruk yang boleh berlaku. Mari kita ambil pengajaran bersama,” komen seorang netizen.
“Tak banyak pun,” respon Neelofa ringkas.
Sebagai informasi tambahan, Noor Neelofa telah berkahwin dengan pendakwah selebriti, PU Haris pada 27 Mac 2021. Dari perkongsian hidup mereka, pasangan ini diberkati dengan dua cahaya mata, iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
BACA: “Aku lambat sikit masak pun keluarga mentua dah cop aku tak pandai jaga suami”