ND Lala bagi ceramah cara ‘multiply income’, undang sindiran netizen ‘tambah income ke tambah bini?’

ND Lala bagi ceramah cara ‘multiply income’, undang sindiran netizen ‘tambah income ke tambah bini?’

Penyanyi dan pelakon lelaki era 80-an, Datuk ND Lala menjadi bualan warganet selepas tular sebuah video di media sosial

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, dipercayai ND Lala sedang memberi ceramah motivasi tentang ‘Multiply Income.’

ND Lala bagi ceramah cara 'multiply income', undang sindiran netizen 'tambah income ke tambah bini?'

Menurut kapsyen yang ditulis kejadian itu berlaku ketika kursus perkahwinan.

Namun, individu yang berkongsi rakaman itu meluahkan rasa pelik dengan keberadaan ND Lala di situ.

Pelbagai reaksi netizen

@adlnshzwnie♬ Funny – Gold-Tiger

Di ruangan komen, warganet bergurau senda dengan menyatakan bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu berkongsi tips berbini dua atau payung emas.

Ini susulan pendedahan Datin Fauziah Sarman yang memuat naik wajah seorang wanita dengan gelaran ‘penyondol’.

Selain itu, ada juga pengguna media sosial yang mendakwa ND Lala sedang mempromosikan MLM.

Terdahulu, nama ND Lala dipetik selepas timbul kontroversi berhubung dia dikhabarkan telah bernikah lagi bersama wanita lebih muda.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Sebelum ini, mahligai cinta pasangan sejoli ini dikatakan goyah, namun Shila menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan rumah tangga ibu bapanya sedang melalui fasa sukar

BACA:

Sembur perfume tapi bau tak tahan lama? Cara ini confirm tahan lama ramai tak tahu

Tengah syok memandu sambil nyanyi lagu dangdut tiba-tiba terus lupa lirik, gelagat pak cik ini undang reaksi netizen